Thursday, September 8, 2011

15 Filem Malaysia Paling Laris Dalam Sejarah

Dalam membuat filem pasti ada banyak risiko terutamanya dari segi kerugian,terdapat banyak filem yang dihasilkan di Malaysia yang tidak mendapat banyak sambutan dan mengalami kerugian tetapi ada juga filem-filem yang mendapat sambutan tinggi hingga mencecah kutipan berjuta-juta.Pada entry kali ini saya akan menceritakan 15 Filem Malaysia yang mendapat kutipan tertinggi di dalam sejarah Malaysia.

15.Nur Kasih The Movie


Filem ini adalah kesinambungan dari sebuah siri televisyen popular Nur Kasih.Siri televisyennya pernah menjadi sebuah fenomena hingga berjaya meraih 19 juta penonton jadi tidak hairanlah kutipan filemnnya mampu mencecah hingga 5 juta ringgit.Tetapi kutipan filemnya masih boleh dianggap sedikit berbanding dengan jumlah penonton siri televisyennya,ini mungkin kerana orang ramai tidak terlalu berminat untuk menghabiskan duit mereka untuk menonton filem bergenre sebegini.

Penerbit : PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD.  
Pengarah : Kabir Bhatia
Kutipan : RM 4.93 juta
Tahun : 2011

14.Cicakman


Cicakman adalah sebuah filem berunsurkan "Superhero" komedi yang pastinya disukai ramai terutamanya golongan kanak-kanak.Filem ini mendapat pujian ramai kerana telah menggunakan teknik "CGI" hampir keseluruhan cerita.Filem ini juga berjaya mencipta berberapa rekod seperti menjadi filem Malaysia pertama berunsurkan "superhero"dan penggunaan CGI paling banyak dalam sejarah perfileman Malaysia.

Penerbit : KRU COMMUNICATION SDN.BHD.
Pengarah : Yusry Abd Halim
Kutipan : RM 5.15 juta
Tahun : 2006

13.Evolusi KL Drift 2

Filem aksi ini adalah kesinambungan dari Evolusi KL Drift 1.Filem ini adalah filem keempat arahan pengarah muda berbakat Syamsul Yusof.Walaupun mendapat beberapa review negatif dari pengkritik filem,filem ini tetap mendapat sambutan yang agak tinggi dan masih disukai ramai terutamanya golongan remaja.

Penerbit : SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
Pengarah : Syamsul Yusof
Kutipan : RM 5.67 juta
Tahun : 2010

12.Jangan Pandang Belakang


Filem bergenre seram memang menjadi kegilaan buat rakyat Malaysia sehingga filem Ahmad Idham ini mampu memenangi anugerah Box Office dalam Festival Filem Malaysia ke-20.Selain di Malaysia,filem ini juga mendapat sambutan yang agak memberansangkan di  Singapura dan Brunei.

Penerbit : MIG PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Ahmad Idham
Kutipan : RM 5.78 juta
Tahun : 2007

11.Jangan Pandang Belakang Congkak



Ini adalah satu lagi filem Ahmad Idham yang mendapat sambutan tinggi.Tajuk filem bergenre seram komedi ini adalah berasal dari dua buah filem seram hebat arahan Ahmad Idham iaitu "Jangan Pandang Belakang" dan "Congkak".Di atas kejayaan filem ini,sebuah versi drama bersiri juga telah dibuat dan disiarkan di Astro.

Penerbit : MIG PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Ahmad Idham
Kutipan : RM 6.09 juta
Tahun : 2009

10.Sembilu 2

Tanya sajalah pada abang,kakak atau ibu bapa kita tentang filem ini pasti mereka tahu mengenainya.Filem hit ini adalah filem arahan pengarah lagenda Dato' Yusof Haslam.Kutipan filem ini mampu mencecah sehingga 6 juta iaitu kutipan yang boleh dikatakan sangat tinggi kerana harga tiket wayang pada waktu itu tersangatlah murah berbanding sekarang yang dikatakan hanyalah diantara RM 1 dan RM 3.

Penerbit : SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
Pengarah : Yusof Haslam
Kutipan : RM 6.10 juta
Tahun : 1995

9.Geng : Pengembaraan Bermula



Geng adalah filem animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan oleh Malaysia.Filem ini diadaptasi dari siri televisyen popularnya Upin & Ipin.Filem ini mendapat banyak sokongan dari kerajaan kerana mampu mempromosikan Malaysia melalui filem ini.Filem ini turut disiarkan di Disney Channel yang boleh ditonton diseluruh asia.


Penerbit : LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Nizam Razak
Kutipan : RM 6.20 juta
Tahun : 2009

8.Lagi-lagi Senario




Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak Senario?Dengan tahap populariti mereka waktu itu dan kualiti filem ini sendiri,tidak hairanlah filem komedi ini mampu mendapat kutipan yang tinggi.Filem ini pernah menduduki tangga pertama dalam senarai filem kutipan tertinggi di Malaysia sebelum diatasi oleh Adnan Sempit pada tahun 2010.

Penerbit : GRAND BRILLIANCE SDN.BHD
Pengarah : Aziz M.Osman
Kutipan : RM 6.33 juta

7.Hikayat Merong Mahawangsa


Filem epik ini adalah sebuah adaptasi dari sebuah prosa yang bertajuk sama.Filem yang menggunakan banyak teknik CGI ini mendapat pujian ramai  kerana dikatakan setaraf dengan filem Hollywood.Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem kedua termahal dalam sejarah Malaysia dengan kos RM 8 juta.Tetapi itu berbaloi apabila filem ini berjaya mendapat kutipan hampir 7 juta ringgit tidak termasuk tayangan di Astro First,penjualan DVD,dan tayangannya yang dikatakan ditayang di 72 buah negara.

Penerbit : KRU STUDIOS SDN. BHD.
Pengarah : Yusry Abd Halim
Kutipan : RM 6.50 juta
Tahun : 2011

6.Adnan Semp-It



Ini adalah filem yang berjaya menaikkan nama Shaheizy Sam sehingga mampu memenangi Anugerah Bintang Popular.Filem komedi romantis ini berjaya membuat beberapa rekod seperti kutipan filem tertinggi,walaupun berjaya diatasi tidak lama kemudian.Kejayaan filem ini mencetuskan siri televisyennya yang ditayangkan di Astro.

Penerbit : MIG PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Ahmad Idham
Kutipan : RM 7.66 juta
Tahun : 2010

5.Hantu Kak Limah Balik Rumah



Soley-soley,sebut saja perkataan itu dan orang akan terus ingat filem ini.Populariti filem ini tidak perlu disangkal lagi apabila salah satu watak dalam filem itu,iaitu Usop Wilcha menjadi fenomena di Malaysia untuk beberapa bulan.Walaupun agak kurang dari segi jalan cerita,namun komedi yang cuba disampaikan menjadi dan mungkin itulah puncah kejayaan filem ini.

Penerbit : TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.
Pengarah : Mamat Khalid
Kutipan : RM 7.90 juta
Tahun : 2010

4.Khurafat : Perjanjian Syaitan



Filem seram memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.Ini adalah filem seram pertama Skop Productions dan Syamsul Yusof.Filem ini mendapat pujian ramai yang mengatakan filem ini sangat seram dan mempunyai kesan bunyi yang bagus selain jalan cerita yang menarik.Kejayaan filem ini telah menghasilkan sebuah versi siri televisyen.

Penerbit :
Pengarah : Syamsul Yusof
Kutipan : RM 8.08 juta
Tahun : 2011

3.Kongsi


Filem ini adalah filem kedua arahan Farid Kamil.Filem ini mendapat banyak review negatif dari para pengkritik filem,namun,populariti Shaheizy Sam dan genre filem itu sendiri telah membuatkan filem ini mendapat sambutan tinggi sehingga dikatan filem ini mendapat 7 juta dalam masa 7 hari.

Penerbit : MIG PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Farid Kamil
Kutipan : RM 8.09 juta
Tahun : 2011

2.Ngangkung


Populariti Shaheizy Sam sekali lagi menjadi punca utama kejayaan filem ini.Seperti,Kongsi,filem seram komedi ini juga mendapat banyak review negatif dari para pengkritik filem namun dipuji dari segi kutipannnya yang menjadi kutipan filem tertinggi di dalam sejarah Malaysia sebelum diatasi KL Gangster pada 2011.

Penerbit : MIG PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Kutipan : RM 8.18 juta
Tahun : 2010

1.KL Gangster





Siapa yang tidak tahu tentang filem aksi arahan hebat Syamsul Yusof ini?Pada hari pertama tayangan sahaja filem ini telah berjaya mengutip RM 1.5 juta selain menjadi filem Malaysia pertama yang berjaya mencecah kutipan RM 10 juta di pawagam tempatan.Sama seperti Hikayat Merong Mahawangsa,filem ini dipuji kerana dikatakan setaraf dengan filem-filem antarabangsa.Populariti filem ini sangat hebat sehingga kami sendiri telah membuat sebuah parody kepada filem ini yang bertajuk Gertak yang ditayangkan di YouTube.

Penerbit : SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
Pengarah : Syamsul Yusof
Kutipan : RM 11.74 juta
Tahun : 2011


<source/sumber>


Wednesday, August 24, 2011

Sitcom bersiri E-Day Entertainment ditunda

Hari itu kami ada membuat pengumuman di facebook rasmi kami tentang projek kedua kami iaitu sebuah sitcom bersiri,tetapi selepas dipertimbangkan semula,kami mengambil keputusan untuk menunda membuat sitcom itu dan menggantikannya dengan sebuah filem pendek bercorakkan seni mempertahankan diri.Berbeza dengan Gertak,projek kedua kami ini ialah sebuah pendek dan bukanny trailer seperti Gertak.Berita lebih lanjut tentang projek kedua kami ini akan diberitahu tidak lama lagi.

Gertak kini mencecah 50 ribu views!!

Tidak lama selepas target pertama kami iaitu 10 ribu views tercapai,kini target kedua kami iaitu 50 ribu views telah pun berjaya dicapai dan ini semua berjaya dicapai dalam masa kurang sebulan selepas di upload ke Youtube.Kami ingin berterima kasih kepada semua yg dah menonton.Nantikan video-video seterusnya dari kami.

Selamat Datang ke blog rasmi E-Day Entertainment

Selamat datang ke blog rasmi E-Day Entertainment.Di sini anda akan temui pelbagai maklumat tentang E-Day.Sila follow blog kami dan like Facebook page kami

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms